Sunday, November 23, 2014

Cara Untuk Tingkatkan Metabolisme Tubuh


Cara untuk tingkatkan metabolisme tubuh

"Cuba kau tengok  A tu. makan banyak, tapi xgemuk-gemuk pun.."
"Alah, metabolisme dia tinggi...."

Selalu sangat kita dengar perkataan metabolisme di sebut-sebut, terutamanya dalam kalangan kita-kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan.... Sibuk mencari cara untuk tingkatkan metabolisme dan makanan yang boleh tingkatkan metabolisme badan....

Tapi sebelum tu, jom kita kenal dulu... 

Apa itu Metabolisme??
  • Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi.. Dari segi fungsi tubuh dan pemakan, Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.
  • Sebenarnya, tubuh kita sentiasa membakar kalori.. bukan hanya semasa bersenam, malah ketika kita sedang tidur pun, kalori kita masih dibakar....
Adakah Metabolisme bagi setiap individu sama??
  • Tidak. Metabolisme setiap individu adalah berbeza bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan otot dan jumlah lemak dalam tubuh kita....
  • Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak.... wah!
  • Jadi, mereka yang memiliki banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding daripada mereka yang mempunyai lebih banyak lemak..... 
Bolehkah kadar Metabolisme itu berubah?
  • Ya. Sekiranya anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme dapat membantu anda mencapau sasaran tersebut dengan lebih cepat. Weeehhheeee!!

10 Cara tingkatkan metabolisme

Ok... Semua dah kenal dengan Encik Metabolisme kan?? So jangan lar bimbang sangat.... kan dah bagitau tadi yang metabolisme seseorang tu boleh berubah.... Jadi, sekarang ni, Kak Eija nak dedahkan 10 cara macamana kita nak tingkatkan Metabolisme tubuh kita.... 

1. Jangan Stress!
  • Haha.... jangan lar stress kalau berat badan xturun-turun... hehehe.... Stress ni meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh kita.... Kotisol ni merupakan hormon yang berkomplot dengan lemak... Ia berfungsi memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi yang bertekanan tinggi... Sebabtu, ada setengah orang, bila makin stress, dia makin gemuk..... 
  • Selain melakukan senaman dan bersukan, B-Complex Shaklee jugak membantu untuk mengurangkan stress..... 
2.  Makan!
  • Makan Snek dengan kerap dapat membantu tingkatkan kadar metabolisme tubuh... Eh? Sekiranya perut anda dah berkeriuk-keriuk bunyi, maknanya ia minta diisi... jangan dibuat xpeduli pulak.... sekiranya anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin makan berlebihan pada waktu makan seterusnya.... Owh.... Lapik perut jar~~~
  • Snek tu bukan bermaksud, "keropok, kek, tart, apa lagi? anda senaraikanlah..... Snek di sini adalah snek yang mempunyai kandungan fibre dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfibre ataupun dadih..... =)  Kan sihat tu~~~
3. Minum Air Secukupnya
  • This is sooo true~~~ Nampak mudah, tapi ramai sebenarnya yang xmampu nak disiplin dan minum sekurang-kurangnya 8gelas air kosong setiap hari.... Air kosong tau, bukan air bergula...
  • Meminum 8 gelas air putih setiap hari amatlah disyorkan oleh pakar pemakanan dan ianya membantu tubuh anda berfungsi pada tahap yang optimum.
4. Tidur yang Cukup
  • Tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam setiap malam adalah penting untuk mengekalkam metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.... Tapi ingat! Tidur secara berlebihan jugak tidak baik dan mempunyai kesan yang sama....
  • Jadi, cubalah konsisten masa tidur kita.... Tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.....
5. Kalsium
  • Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsiun dalam tubuh kita mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita berpaut pada lemak yang pada dasarnya boleh dibakar...
  • Selain susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu atau oatmeal, OSTEMATRIK dari Shaklee juga merupakan sumber yang kaya dengan kalsium...
Ostematrik sumber kalsium

6. Pedas!
  • Kak Eija suka makan pedas... Korang suka tak?? Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas, bercili atau berempah... Ini berita baik untuk anda~~
  • Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.... Wau!! Tahniah~~
7. Teh Hijau
  • Mulai sekarang, bolehlah gantikan kopi ataupun teh tarik yang biasa kita minum tu dengan Teh hijau..... Teh Hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. 
  • Untuk melihat kesannya, anda perlu meminum 4-5 cawan sehari.... Nope, tanpa gula OK!
8. Sinaran Matahari
  • Sinaran matahari ni sebenarnya baik untuk kesihatan..
  • Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesn fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.... eeerrrrr~~~
  • Tapi, bukan suruh pergi berjemur sepanjang masa, karang jadi penyakit lain pulak.. huhu... Waktu yang disarankan adalah antara jam 11 pagi dan 3 petang... jadi, bolehlar keluar jemur baju pagi pukul 11 pagi, dan angkat baju pukul 3 petang.... hihihi.... Kak Eija bagi cadangan jar.... LOL
9. Lakukan Senaman Pemberat
  • Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.... eh sikitnya!
  • Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (Basal Metabolic Rate, BMR) anda sehingga 40%.
  • Tapi... Xperlular nak intensice sangat sampai maca, ahli angkat berat tu, cukup sekadar menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak.... Ok, cukup bulan nak cari dumbell....
  • Interval training atau latihan berkal adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam..... =)

10. C untuk Cergas!
  • Selain kalsium, Vitamin-C juga penting..... Vitamin-C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme...
  • Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme, manakala Vitamin-C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut....
Uwargh~~~~ Banyaknya cara untuk kita tingkatkan metabolisme badan kan??? Okies... Kak Eija boleh simpulkan sesuatu benda yang penting....

"Protein adalah sumber nutrien yang berfungsi untuk membina otot... Betul? Protein adalah nutrien complex yang memerlukan jumlah tenaga yang banyak untuk dicernakan (Tingkatkan metabolime).... Otot pulak membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.... Jadi boleh Kak Eija simpulkan, yang Protein adalah sangat penting bagi mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan..... "

Jeng Jeng Jeng!!!

  • ESP lah jawabnya~~~~~ Minuman kaya protein berasakan soya..... I like!!
ESP

***************************************************************************

Hubungi Pengedar Anda:
Sms/Whatapp/Telegram: 019-4487451 (Saliza)



Sumber: http://kevinzahri.com/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan

1 comment: