Friday, March 6, 2015

KURUS DENGAN CINCH SHAKE



Assalamualaikum semua..... bersawang dah Kak Eija punya blog, punya lar bz sampai xsempat nak mengupdate pun... ok lah, harini KE nak cerita pasai produk kesayangan KE.... YES! it is CINCH SHAKE dari SHAKLEE~~~~~~

CINCH SHAKE ni adalah salah satu produk utama dalam SET DIET tau.... Teruskan pembacaan kalau nak tahu apa kebaikan CINCH SHAKE ni...

Setiap kali anda minum CINCH SHAKE, anda akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut... Wah! bukan setakat boleh turunkan berat badan, khasiat yang kita dapat pun hebat!

Apa pentingnya Protein?? Protein sangat penting untuk pembinaan otot.... "Eh, aku nak kurus, bukan nak bina otot, bukan ahli bina badan..." Haaaaaa~~~~ mungkin ada yang bertanya macamtu, tapi sebenarnya, otot ni penting tau dalam usaha untuk kuruskan badan sebab OTOT MENINGKATKAN METABOLISME DAN MEMBAKAR KALORI DENGAN LEBIH CEPAT............bes x? bes x? selain dari tu, makanan yang tinggi protein jugak boleh bantu bagi kita rasa kenyang yang berpanjangan dan menahan kita dari rasa lapar.... so, xdalar kita nak makan makanan lain antara waktu makan utama tu...........

Cinch Shake jugak kaya dengan LEUCINE. Pernah dengan perkataan "LEUCINE"? apa tu leucine? ok, leucine ni adalah sebahagian daripada 9 jenis asid amino yang penting dalam membentuk protein dan ianya tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia....


Apakah peranan Leucine dalam tubuh badan kita?

Leucine bertindak sebagai "pelindung otot" dalam tubuh badan kita, memulihkan tulang, kulit, tisu dan sel kepada otot sesuai dengan peranan protein sebagai "pembinasemula" dalam tubuh badan kita. Leucine juga mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah.


Bagaimana pula Leucine mampu Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Berkesan?

Otot adalah organ yang membantu untuk meningkatkan metabolisma dalam badan dan meningkatkan keupayaan membakar lemak. Semakin banyak jisim otot semakin kuat kemampuan tubuh badan untuk membakar lemak. 

Kebanyakan program diet untuk menurunkan berat badan, anda bukan saja kehilangan lemak malah anda juga akan kehilangan otot yang merupakan organ metabolisma yang penting untuk membakar lemak.

Justeru, adalah penting untuk kita memastikan kandungan Leucine dalam tubuh badan kita mencukupi untuk membantu kita menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan.


Cinch Shake ni didatangkan dalam 3 perisa....
1) Perisa vanilla asli
2) Perisa Coklat
3) Perisa Latte
So, korang boleh pilih lah mana satu perisa kegemaran anda.... KE pilih coklat flavour.... hihihi... Kak Eija jadikan Cinch Shake ni as a meal replacement.... Shake masa breakfast dan kadang-kadang gantikan makan malam jugak,,.... rendah kalori uuoolllllsssss.....

Dengan penjelasan yang tak berapa panjang, tapi padat dengan info ni, KE harap kekeliruan korang nak pilih produk apa untuk program diet korang dah terjawab.... pilihlah CINCH SHAKE Shaklee untuk diet korang! weehhheeee.... Jangan berlapar tau.... xsihat! 


*********************************************************************************

Hubungi Pengedar Anda sekarang!
sms/whatapp: 019-4487451 (saliza)


Sunday, November 23, 2014

Cara Untuk Tingkatkan Metabolisme Tubuh


Cara untuk tingkatkan metabolisme tubuh

"Cuba kau tengok  A tu. makan banyak, tapi xgemuk-gemuk pun.."
"Alah, metabolisme dia tinggi...."

Selalu sangat kita dengar perkataan metabolisme di sebut-sebut, terutamanya dalam kalangan kita-kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan.... Sibuk mencari cara untuk tingkatkan metabolisme dan makanan yang boleh tingkatkan metabolisme badan....

Tapi sebelum tu, jom kita kenal dulu... 

Apa itu Metabolisme??
  • Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi.. Dari segi fungsi tubuh dan pemakan, Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.
  • Sebenarnya, tubuh kita sentiasa membakar kalori.. bukan hanya semasa bersenam, malah ketika kita sedang tidur pun, kalori kita masih dibakar....
Adakah Metabolisme bagi setiap individu sama??
  • Tidak. Metabolisme setiap individu adalah berbeza bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan otot dan jumlah lemak dalam tubuh kita....
  • Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak.... wah!
  • Jadi, mereka yang memiliki banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding daripada mereka yang mempunyai lebih banyak lemak..... 
Bolehkah kadar Metabolisme itu berubah?
  • Ya. Sekiranya anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme dapat membantu anda mencapau sasaran tersebut dengan lebih cepat. Weeehhheeee!!

10 Cara tingkatkan metabolisme

Ok... Semua dah kenal dengan Encik Metabolisme kan?? So jangan lar bimbang sangat.... kan dah bagitau tadi yang metabolisme seseorang tu boleh berubah.... Jadi, sekarang ni, Kak Eija nak dedahkan 10 cara macamana kita nak tingkatkan Metabolisme tubuh kita.... 

1. Jangan Stress!
  • Haha.... jangan lar stress kalau berat badan xturun-turun... hehehe.... Stress ni meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh kita.... Kotisol ni merupakan hormon yang berkomplot dengan lemak... Ia berfungsi memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi yang bertekanan tinggi... Sebabtu, ada setengah orang, bila makin stress, dia makin gemuk..... 
  • Selain melakukan senaman dan bersukan, B-Complex Shaklee jugak membantu untuk mengurangkan stress..... 
2.  Makan!
  • Makan Snek dengan kerap dapat membantu tingkatkan kadar metabolisme tubuh... Eh? Sekiranya perut anda dah berkeriuk-keriuk bunyi, maknanya ia minta diisi... jangan dibuat xpeduli pulak.... sekiranya anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin makan berlebihan pada waktu makan seterusnya.... Owh.... Lapik perut jar~~~
  • Snek tu bukan bermaksud, "keropok, kek, tart, apa lagi? anda senaraikanlah..... Snek di sini adalah snek yang mempunyai kandungan fibre dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfibre ataupun dadih..... =)  Kan sihat tu~~~
3. Minum Air Secukupnya
  • This is sooo true~~~ Nampak mudah, tapi ramai sebenarnya yang xmampu nak disiplin dan minum sekurang-kurangnya 8gelas air kosong setiap hari.... Air kosong tau, bukan air bergula...
  • Meminum 8 gelas air putih setiap hari amatlah disyorkan oleh pakar pemakanan dan ianya membantu tubuh anda berfungsi pada tahap yang optimum.
4. Tidur yang Cukup
  • Tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam setiap malam adalah penting untuk mengekalkam metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.... Tapi ingat! Tidur secara berlebihan jugak tidak baik dan mempunyai kesan yang sama....
  • Jadi, cubalah konsisten masa tidur kita.... Tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.....
5. Kalsium
  • Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsiun dalam tubuh kita mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita berpaut pada lemak yang pada dasarnya boleh dibakar...
  • Selain susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu atau oatmeal, OSTEMATRIK dari Shaklee juga merupakan sumber yang kaya dengan kalsium...
Ostematrik sumber kalsium

6. Pedas!
  • Kak Eija suka makan pedas... Korang suka tak?? Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas, bercili atau berempah... Ini berita baik untuk anda~~
  • Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.... Wau!! Tahniah~~
7. Teh Hijau
  • Mulai sekarang, bolehlah gantikan kopi ataupun teh tarik yang biasa kita minum tu dengan Teh hijau..... Teh Hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. 
  • Untuk melihat kesannya, anda perlu meminum 4-5 cawan sehari.... Nope, tanpa gula OK!
8. Sinaran Matahari
  • Sinaran matahari ni sebenarnya baik untuk kesihatan..
  • Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesn fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.... eeerrrrr~~~
  • Tapi, bukan suruh pergi berjemur sepanjang masa, karang jadi penyakit lain pulak.. huhu... Waktu yang disarankan adalah antara jam 11 pagi dan 3 petang... jadi, bolehlar keluar jemur baju pagi pukul 11 pagi, dan angkat baju pukul 3 petang.... hihihi.... Kak Eija bagi cadangan jar.... LOL
9. Lakukan Senaman Pemberat
  • Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.... eh sikitnya!
  • Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (Basal Metabolic Rate, BMR) anda sehingga 40%.
  • Tapi... Xperlular nak intensice sangat sampai maca, ahli angkat berat tu, cukup sekadar menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak.... Ok, cukup bulan nak cari dumbell....
  • Interval training atau latihan berkal adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam..... =)

10. C untuk Cergas!
  • Selain kalsium, Vitamin-C juga penting..... Vitamin-C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme...
  • Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme, manakala Vitamin-C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut....
Uwargh~~~~ Banyaknya cara untuk kita tingkatkan metabolisme badan kan??? Okies... Kak Eija boleh simpulkan sesuatu benda yang penting....

"Protein adalah sumber nutrien yang berfungsi untuk membina otot... Betul? Protein adalah nutrien complex yang memerlukan jumlah tenaga yang banyak untuk dicernakan (Tingkatkan metabolime).... Otot pulak membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.... Jadi boleh Kak Eija simpulkan, yang Protein adalah sangat penting bagi mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan..... "

Jeng Jeng Jeng!!!

  • ESP lah jawabnya~~~~~ Minuman kaya protein berasakan soya..... I like!!
ESP

***************************************************************************

Hubungi Pengedar Anda:
Sms/Whatapp/Telegram: 019-4487451 (Saliza)



Sumber: http://kevinzahri.com/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan

Friday, November 14, 2014

Set Kesuburan Suami Isteri



Set kesuburan Shaklee

Excited korang yer baca tajuk entry kali ni... huhuhu.... opkos, setiap pasangan yang berkahwin, mesti ada keinginan nak menimang cahaya mata kan.. Sebagai penyeri rumah tangga, pengikat kasih dan penyambung cinta.... Tapi, bukan semua bernasib baik.. ada setengah orang, baru jar kawin, dah dapat berita gembira bila hadirnya satu jiwa kecil dalam rahim tercinta... Ada setengah pulak, kawin dah bertahun, belum ada tanda pun untuk hamil..... jangan susah hati ok, ada cara, kita ikhtiar.... kali ni. Kak Eija nak kongsi ikhtiar dengan Supplement Shaklee.... "SET KESUBURAN SUAMI ISTERI"


***********SET KESUBURAN KHAS BUAT ISTERI***********

Ada 3 jenis supplement dari Shaklee yang sangat disarankan untuk wanita yang sedang cuba untuk hamil... Alfafa Complex + GLA Complex + B-Complex

Alfafa Complex

  • Boleh dikatakan Alfafa ni adalah supplement yang paling penting dan wajib diambil untuk bakal ibu...
  • Bertindak seperti kacip Fatimah untuk merapatkan kembali faraj untuk menjamin hubungan yang lebih harmoni... =)
  • Alfafa bersifat anti-kulat dan mencegah jangkitan pada faraj dan mengurangkan keputihan

GLA Complex

  • Supplement yang menstabilkan hormon.
  • Memberi kesan pusingan haid yang teratur dan tetap. Senanglar nak rancang waktu subur.... hehehe...
  • Mengurangkan kesakitan(PMS) ketika haid..
  • Menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang kepada sperma untuk terus hidup di dalam Tiub Falopian.... Menanti untuk disenyawakan dengan ovum..

B-Complex

  • Sangat penting dalam merancang kehamilan...
  • Kandungan asid folik dalam B-Complex amat diperlukan untuk mengelakkan risiko Spina Bifida pada bayi (Pembentukan tulang belakang yang tidak sempurna..) 



**************SET KESUBURAN KHAS BUAT SUAMI********************

Wahai Encik Suami, untuk dapatkan zuriat, buka isteri jar kena subur... Suami pun kena subur jugak... kena sama-sama subur, baru berhasil... Untuk si suami, B-COMPLEX + ZINC COMPLEX + VITAMIN-E

B-Complex

  • Untuk menjana tenaga berterusan ketika bersama
  • Bersifat anti-stress yang menjadikan hubungan lebih rileks dan harmoni

Zinc Complex

  • Supplement WAJIB bagi suami
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Menambah kepekatan dan kekuatan sperma
  • Meransang pengeluaran hormon testosterone
  • Menambah bilangan sperma

Vitamin-E

  • Anti oksidan yang tinggi untuk memlihara kualiti sperma
  • Meningkatkan kebolehan reproduktif
  • Membantu melahirkan rasa bersemangat untuk bersama...
Apapun.... kita manusia hanya merancang.... Kita berusaha dan berdoa, kemudian bertawakkal pada Dia... In Shaa Allah... Selamat mencuba!!! Weeehhheeeee XOXO




#############################################
Hubungi Pengedar Anda:
Sms/Whatapp/Telegram: 019-4487451 (Liza)
##############################################

AGEN/PENGEDAR SAH DIPERLUKAN SEGERA!!





Sunday, November 9, 2014

Omega Guard Shaklee



Sumber Omega

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Omega Guard Shaklee


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan Dan kepekatan hormonal PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan       otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 23. Memelihara fungsi-fungsi sendi24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia- Mengurangkan tekanan emosi- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan- Membantu memperbaiki masalah autism- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive- Mengurangkan masalah schizophrenia- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Berapa harga untuk kesihatan ada? 
Sebarkan kebaikan alam ini dengan dunia... <3

**********************************************************************************************************************************

Hubungi Pengedar Anda:
SMS/Whatapp: 019-4487451 (liza)


Saturday, November 8, 2014

Caratomax Shaklee



Caratomax Shaklee

Cantiknya mata dia..... kan?? Tapi, Kak Eija perasan, ramai sangat orang yang pakai cermin mata.... Memang lar tak salah nak pakai cermin mata, tapi Kak Eija rasa, dengan pakai cermin mata,. keindahan mata seseorang tu dah terselindung.... erm.... tu pendapat Kak Eija lar...... Sekarang pulak, banyak sangat kanta lekap yang bercorak.. cantik2 pulak tu... kalau orang yang ada masalah mata, mesti terbatas nak bergaya dengan kanta lekap fesyen-fesyen tu kan???

Rileks... Jangan lar rasa down... Tujuan entry KE hari ni, adalah nak membantu mereka-mereka yang ada masalah mata.... Jom!! KE nak ajak korang semua berkenalan dengan Caratomax Shaklee.... Sumber Vitamin-A terkaya sekali (Tatabahasa salah!)


Caratomax Shaklee

Tarrraaa!!! Inilah rupa si comel Caratomax Shaklee..... miahahaha.... cute sangat botolnya.... Vitamin A dari Shaklee ni dikenali sebagai Caratomax. Ia adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan zeaxanthin yang bergabung untuk membentuk Caratomax yang lengkap!.

Apa itu Carotenoids???
  • Carotenoids adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran seperti oren kepada lobak merah, tomato dan sebagainya.....
  • Sumber terbaik carotenoids adalah lobak, tomato, bayamkentang dan lain-lain sayuran... dan cara terbaik untuk mengekalkan struktur dan khasiat Carotenoid tersebut adalah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK! hoh?? habis... kalau dah masak??? kandungan carotenoids tu mungkin dah berkurang, atau dah tak ada lagi..... haaaaa..... habislar~~
Jom kita tengok apa Fungsi dan kelebihan Carotenoids ni...
  • Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
  • Sumber Vitamin-A terbaik
  • Meningkatkan sistem Imunisasi
  • Membetulkan fungsi organ tubuh
  • Mencegah kanser
  • Penting untuk pertumbuhan tisu epithelial seperti kulit, membran dalam salur penghadaman serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  • Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan penyakit ringan
  • Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum
  • Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat
  • Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih
  • Membina semula sel-sel yang rosak
  • Melindungi daripada rabun malam
  • Menjaga kesihatan mata
  • Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta kesihatan umum.
  • Digunakan dalam rawatan jerawat, ulser, bisul dan sebagainya....
Banyaknya kebaikan Carotenoids ni!!! I looiikkkeeee~~~~

Sumber Vitamin-A

Tanda-Tanda Kekurangan
  1. Mengalami masalah jerawat
  2. Hilang lembapan pada kulit
  3. Tumbesaran terencat
  4. Mengalami masalah tidur dan insomnia
  5. Kulit yang menebal pada tapak tangan dan kaki
  6. Masalah rabun malam
  7. Mata cepat letih
  8. Mata mudah berair apabila merenung terlalu lama
  9. Penglihatan kabur

Apa yang membeakan Caratomax shaklee dengan yang lain??

  • Umumnya, Vitamin-A terdiri dari 2 jenis iaitu Vitamin-A yang boleh diperolehi daripada makanan seharian atau pun Pro-Vitamin-A (yang dikenali sebagai catotenoids- Cara yang paling selamat untuk mendapatkan sumber Vitamin-A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin-A apabila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh badan jika berlebihan.
  • Perlu diingatkan, Vitamin-A tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil secara berlebihan, akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamnya hati.. Ia boleh menjadi toksin sekiranya berlebihan...... Owh~~~ jangan over excited... ambil dengan sukatan yang diperlukan sahaja k..
  • Caratomax Shaklee berbeza dari yang lain kerana ianya adalah dalam bentuk pro-vitamin A yang mana hanya diaktifkan apabila is diperlukan sahaja. jadi, tiada kes Vitamin-A tersimpan dan menjadi toksin seterusnya membahayakan kesihatan...... Shaklee terbaik!!

*******************************************************************************

Hubungi Pengedar Anda:
Sms/Whatapp: 019-4487451 (Saliza)


SEDANG MENCARI AGEN DAN PENGEDAR SAH SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

JANA PENDAPATAN 5ANGKA SEBULAN!!